Tarian Masyarakat Melayu
Oleh Bachtiar / mahasiswa Fak. Perikanan UMP Pontianak 


            Makyong ialah satu tarian drama Melayu tertua yang berasal dari negeri Siam. Tarian ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh bangsa Melayu, terutamanya ke negeri   Kelantan,  Terengganu, dan Kedah. Pada asalnya, Makyong hanya dipersembahan di istana sahaja.
Alat musiknya dipengaruhi oleh alat mizik lama, seperti rebab iaitu sejenis perkakas alat muzik yang memakai tiga utas tali yang digesek seperti biola, tetapi bezanya ia mempunyai ukiran dan dicat dengan warna-warni yang merupakan percampuran kesenian Siam dengan Melayu. Gendang, geduk, gedombak, celempong, gong dan sepasang buluh yang panjangnya sekira-kira 18 inchi untuk tempoh irama dalam lahu Makyong ini ikut sama dalam tarian itu.
            Dalam satu pasukan Makyong adalah mengandungi kira-kira 20 orang lelaki dan perempuan termasuk ahli seni bunyian dan serombnongan penari perempuan yang digelar "Jong Dondang". segala jalan cerita dilakonkan itu bukanlah dengan bertulis tetapi dijalan dengan berhafal.
Cerita yang dilakukan oleh Makyong berasaskan cerita dongeng da khayalan, cerita jin dan mambang, dan sebagainya. Jarang sekali mengupas cerita kehidupan masyarakat di sekelilingnya.

         Kuda Kepang Kuda Kepang ialah tarian tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertentu di Malaysia. Dipercayai berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh imigren dari Indonesia. Mula bertapak di Johor dan berkembang ke negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung. Permainan Kuda Kepang diamalkan di negeri Selangor di daerah-daerah Bukit Ceraka Jeram, Tanjung Karang Pasir Panjang dan Sungai Nibong.. Jumlah pemain Kuda Kepang bergantung kepada guru dalam mengendalikan anak buahnya. Walau bagaimanapun, jumlah pemainya mestilah ganjil.
Permainan Kuda Kepang diiringan dengan bunyi-bunyian. da lima jenis peralatan muzik pengiring iaitu, bonang, kenong, gendang, gong, dan bedok. Selain alat muzik, terdapat juga peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini umpamanya patung kuda yang diperbuat daripada papan nipis atau anyaman rotan atau kulit lembu.
            Dalam satu-satu permainan lengkap Kuda Kepang ia ada lima peringkat tarian. Peringkat pertama dinamakan "tarian permulaan permainan". Pada peringkat ini pemain akan mengadakan tarian sembah hormat kepada penonton. Peringkat kedua pula dinamakan "tarian pusing gelanggang". Peringkat ketiga dinamakan "tarian persembahan. Peringkat keempat dinamakan "tarian silang" dan peringkat kelima dinamakan "tarian lompat". Pada peringkat kelima pemain pula tidak sedar akan diri dan menjadi ganas. Sebaik sahaja gendang dihentikan pemain-pemain tidak lagi mempunyai panduan untuk bermain dan mereka serta-merta menjadi lemah. Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam mejlis-mejlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu. (dikutip dari berbagai sumber)

Category: